Laporan Penilaian Keenam IPCC

Laporan Penilaian Keenam (AR6) Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan siri keenam laporan-laporan yang menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosioekonomi berkenaan perubahan iklim. Tiga kumpulan kerja (Working Group) menilai:yang pertama daripada tiga kumpulan kerja (WG) ini diterbitkan pada 09 Ogos 2021,[1] yang kedua pada 28 Februari 2022,[2] dan yang ketiga dirancang pada bulan April 2022; laporan sintesis akhir dijadualkan selesai pada bulan September 2022.[3]Sejumlah 234 ahli sains dari 66 buah negara menyumbang kepada laporan kumpulan pertama daripada tiga WG.[4][5] Kumpulan kerja 1 (WG I) menerbitkan Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim.[6][7] Para penulis laporan[8] mencipta lebih daripada 14 ribu kertas saintifik untuk menghasilkan laporan berhalaman 3,949, yang kemudiannya diluluskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah.[9] Dokumen Ringkasan Pengubal Dasar (SPM) telah digubal oleh ahli sains dan dipersetujui untuk digariskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah di IPCC selama lima hari menjelang 6 Ogos 2021.[8]Menurut laporan tersebut, pemanasan 1.5°C atau 2°C mungkin boleh dielakkan jika pemotongan terhadap pelepasan gas rumah hijau dibuat dengan besar-besaran dan segera.[6] Pada halaman hadapan, The Guardian menggambarkan laporan itu sebagai "amaran yang paling ketara" terhadap "perubahan iklim utama yang tidak dapat dielakkan dan dipulihkan",[10] suatu tema yang terpapar pada banyak akhbar[11] serta para pemimpin siasah dan aktivis di seluruh dunia.